Wednesday, November 7, 2012

Roadcare - Ada Aku Kisah...


Dalam pukul 6 lebih tadi balik dari Gua Musang, sampai kat kawasan kolam ikan (atas jalan...). Ada selonggok batu yang nak digunakan untuk membaiki jalan. Kalau diletakkan kat tepi jalan tak pe ler... Ini diletakkan di tengah-tengah jalan. Dengan ketiadaan sebarang papan tanda bukankah itu membahayakan pengguna jalan raya...

Alahai... Roadcare.

Saturday, November 3, 2012

Stesen Keretapi, Tanah Merah

Lokomotif lama...

Saje melepak kat sini, bukan nak ke mana pun. Yang menarik kat depan stesen ni diletakkan kepala keretapi lama yang sudah tidak digunakan. Boleh le buat background untuk bergambar sambil menunggu keretapi sampai.


Pandangan Bandar Tanah Merah dari Stesen Keretapi

Jalan Aring 2012 - Masih Seperti Dulu...

Kolam ikan atas jalan, sape le bela ikan kat sini...

Nie kawah gunung berapi...

Cuba teka lubang mana paling dalam...

Dah tahap tasik kat atas jalan, bukan kolam lagi nie,,,

Robot transformer terhempas kat sini le dulu...





Friday, November 2, 2012

Masjid Beijing, Rantau Panjang


Masjid unik yang rasa-rasanya hanya satu di Malaysia. Terletak berhampiran Pekan Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim. Seni bina masjid ini dikatakan diambil daripada Masjid Niujie yang berusia lebih 1000 tahun dan terletak di Beijing.

Photosphere View (Android 4.2)




Papan Iklan, Kota Bahru

Aik... Sudah tukar ke?

Papan iklan di bandar Kota Bahru

Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bahru


Dua minggu lepas jalan-jalan di Kota Bahru, singgah bawa anak-anak di taman ini. Memang tersohor le kalau di Kota Bahru, tempat bawa budak-budak mandi. Untuk orang dewasa kena tengok saja ler sebab hanya kanak-kanak sahaja taman ni. Bayaran masuk cuma RM2/kanak-kanak untuk tempoh satu jam.


Selain tu di sini ada taman rusa dan taman burung selain trek untuk berjoging. Tapi kalau ke sini sebaiknya bawa bekal sendiri kerana tiada kedai makan yang berdekatan, cuma ada gerai-gerai menjual makanan ringan dan air.