Kalau para pengguna pernah membuat perjalanan dari Gua Musang atau Kuala Krai ke Terengganu melalui Felda Aring pasti pernah merasai berapa terseksanya untuk melepasi jalan ini. Dengan lubang yang sebesar sebuah kereta, para pengguna yang tidak biasa jalan ini menghadapi risiko memusnahkan kereta sendiri, risiko semakin meningkat apabila hari hujan kerana semua lubang dipenuhi air.
Kenderaan berat yang menggunakan jalan ini secara intensif terutamanya lori bijih besi dan lori balak menjadikan kerosakan jalan semakin serius, tambahan pula tiada sebarang kerja penyelengaraan jalan dibuat menjadikan keadaan jalan semakin buruk hari demi hari.
Keadaan ini amat memalukan negara memandangkan jalan ini kerap dilalui oleh para pelancong asing yang ingin ke Tasik Kenyir dan Taman Negara Kuala Koh.
6 comments:
Salam saudara Deani,
Saya sedang mencari info laluan antara Felda Aring dan Tasik Kenyir dan saya rasa entri saudara agak banyak info.
Sekadar nak mendapat maklumat lebih lanjut, jalan tu masih boleh dilalui oleh kenderaan biasa tak?! Saya bercadang untuk ke Taman Negara Kuala Koh, bermalam di sana sebelum ke Tasik Kenyir.
terima kasih.
Jalan tersebut masih dapat dilalui, namun bagi pengguna kereta mestilah berhati-hati terutamaa apabila hari hujan. Bagi pengguna MPV dan pacuan 4 roda tiada masalah.
kalu kete kancil ke waja ke,baik xpayah lalu.buat sakit hati je lalu aring tu.tp bg yg smgt nk explore jln baru atau nk melalui jln tasik kenyir, anda dialu2kan.tp mlm2 jgn lalu la ek.takut masuk lubang xkuar je.apa pun xnmpk
bulan 4 itu hari baru saya lalu. jalan teruk sangat2. jahanam jalannya. lubang sana sini. juga dinasihatkan jgn lalu pd waktu malam. kabus sangat2 tebal. saya terpaksa menghulur kepala ke depan cermin kereta untuk lihat jalan. nasib baik xde pape jadi masa tu. dlm pukul 2-3 pagi jgk la saya lalu. hehe
Jalan insya Allah ok. Macam ni panduannya:
1. Best for 4WD dan good for kereta standard. Worst for modified car.
2. Jalan felda aring sekitar 30km.
3. Kalau dari simpang chiku tu, sehingga 22 kilometer, boleh drive purata 60km/j ke 120km/j. Jalan tak teruk cuma kena alert lubang kecil bagi kereta yang dah ubahsuai absorber jadi lower. Lepas tu akan jumpa 2 km jalan berlubang teruk. Maximum speed pesona standard ialah 60km/j, minimum speed 30km/j. Lebih kurang 10 minit bertarung, tapi kalau kereta yang modified, setengah jam juga nak lalu jalan 2km ni. Kemudan baki 8km tu dah ok macam 22 km tadi.
4. Kalau dari jalan sempadan kelantan terengganu pula, drive dari simpang Felda Aring 8 tu sepanjang 8 km ok, lepas tu 2 km red alert, lepas tu 22 km ok.
5. Kesimpulan: Jangan lower kereta anda jika anda pengguna monthly/annually jalan ini. Walaupun anda guna pesona yang modified, kancil standard tetap boleh potong anda di jalan ini.
Take care.. itulah info berakhir 4 Ogos 2013
Salam, ada yg beritahu; sekitar 12 km drp Gua Musang ada jalan pintas untuk masuk ke Felda Aring. Betul ke?
Kalau datang drp Tasik Kenyir dimana simpang untuk kita ambil masuk kiri?
3. Jalan Perasu adakah baik untuk kita lalui dan buat short cut. 4.dan drp maps google ada pula satu jalan baru selepas jalan Perasu ini yg bertemu dgn jalan G.Musang Kuala Krai yg terus potong ke Felda Aring jauh ke dalam.Adakah jalan ini boleh digunakan.
Post a Comment