Sunday, December 23, 2012

Burung - burung yang bersarang


Alang bumbung tempat burung tidur

Kalau pembaca tertanya-tanya gambar apa yang saya ambil tu. Itulah adalah gambar bumbung Terminal Bas Kuala Terengganu.

Pada waktu malam kawasan bumbung ini menjadi tempat tinggal ratusan burung-burung. 

Keadaan ini menimbulkan masalah kebersihan kerana najis ini berteraburan di kawasan ruang legar terminal bas ini. Ini juga turut menjejaskan rezeki para peniaga yang gerai mereka terletak bersebelahan dengan ruang legar ini.

Diharap pihak berkuasa lebih peka dan mengadakan lawatan pada waktu malam. Tindakan segera perlu diambil kerana ianya akan melibatkan isu kesihatan kelak.

Najis burung di lantai terminal.

1 comment:

Suraya said...

Terminal bas mersing pun lebih kurang je...
Tp mungkin lebih bernasib baik sbb bhgn ruang niaga x jd camtu..
Cuma kalo lalu area situ kene lebih hati2 takut2 dapat borak Tambahan kat tudung or baju nnt!