Saturday, April 2, 2011

Pengalaman Pertama Berurusan Dengan Syarikat Insurans



Sejurus selepas saya mengalami kemalangan semalam, saya menghubungi ETIQA Auto Assist bagi meminta pihak ETIQA menghantar trak penunda kerana kedua-dua tayar saya pecah selepas kemalangan. Pihak trak penunda telah dipanggil daripada Raub (lokasi saya adalah di kawasan Kuala Lipis pada masa itu) dan operator memberitahu saya tiada caj akan dikenakan kepada saya kecuali jika saya melalui tol plaza maka saya mesti menanggung bayaran tol.


Selepas kereta saya sampai di Raub, pemandu trak penunda memberitahu saya caj yang dikenakan adalah sebayak RM350.00 dan ianya akan ditanggung oleh pihak ETIQA bergantung kepada polisi yang saya ambil.


Keeseokan harinya selepas kereta saya diperiksa tidak ada kerosakan lain kecuali tayar yang pecah. Saya membuat panggilan ke Auto Assist dan mereja meminta saya membuat panggilan ke bahagian tuntutan. Pihak dibahagian tuntutan memberitahu jika hanya tayar yang pecah maka saya tidak boleh membuat tuntutan kerana kerosakan berkaitan getah (dia yang 'anything to do with rubber') tidak dilindungi oleh polisi saya. Apabila saya bertanya kepada beliau bagaimana dengan bayaran trak penunda, beliau memberitahu saya perlu menghubungi bahagian Auto-Assist kerana tidak tuntutan akan dibuat dan mereka tidak terlibat.


Apabila saya menghubungi semula Auto-Assist, mereka memberitahu oleh kerana semasa panggilan saya semalam, saya memberitahu saya mengalami kemalangan bukannya break-down maka saya terpaksa menanggung caj trak penunda. Kerana mereka hanya akan menganggung bayaran trak penunda untuk kes-kes kereta break-down sahaja bagi kes yang dilaporkan sebagai kemalangan maka mereka akan lepas tangan.


Pengalam yang saya perolehi daripada kejadian ini, selepas kemalangan (jika tidak serius) laporkan kepada pihak ETIQA Auto-Assist  kereta anda breakdown bukannya kemalangan. (Jika anda betul-betul pasti tidak ada kerosakan lain). Anda tidak akan dapat menukar kes anda daripada kes kemalangan daripada kes kereta rosak.


Malam tadi saya menerima e-mail berkenaan pengalaman saya berurusan dengan pihak ETIQA (kajian sola-selidik). Saya letak markah yang paling rendah ada di skor tu. Lantak le dema...

Pembahagi Jalan Yang Tidak Kelihatan

Malam semalam saya dan keluarga hendak ke Kuala Lumpur untuk mengambil emak saya. Selepas melepasi simpang ke Kuala Lipis dari Gua Musang kereta saya merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan dua tayar di sebelah pemandu pecah.


Saya dan keluarga bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan begitu juga dengan bahagian kereta kecuali 2 biji tayar yang pecah.


Sejurus selepas kejadian saya memandu kereta ke tepi jalan dan saya didatangi oleh seorang pemuda yang rupa-rupanya salah seorang mangsa dan saya adalah kereta yang ke-5 malam itu dan pemuda itu yang juga pemandu kereta pegawai penyiasat PDRM melepaskan rasa geram beliau terhadap pihak berwajib yang tidak menyediakan jalan raya yang selamat untuk pengguna jalan raya. Kereta beliau mengalami kerosakan pecah kotak gear, pecah cermin hadapan dan pecah tayar hadapan. Kereta yang lain juga mengalami kerosakan yang serius dan terpaksa ditunda.


Berdasar keadaan fizikal tempat kejadian saya mendapati:
1) Lampu jalan ada tetapi tidak menyala
2) Tidak ada sebarang pemantul cahaya atau papan tanda di letakkan


Jika keadaan seperti ini terjadi adakah kita sebagai pengguna masih dipersalahkan? Koordinat tempat kejadian adalah seperti berikut N04 5.435' E102 0.494'. Berhati-hati sentiasa... 
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com