Monday, August 1, 2011

Jalan Felda Aring - Jalan ke apa ni...

Kalau para pengguna pernah membuat perjalanan dari Gua Musang atau Kuala Krai ke Terengganu melalui Felda Aring pasti pernah merasai berapa terseksanya untuk melepasi jalan ini. Dengan lubang yang sebesar sebuah kereta, para pengguna yang tidak biasa jalan ini menghadapi risiko memusnahkan kereta sendiri, risiko semakin meningkat apabila hari hujan kerana semua lubang dipenuhi air.

Kenderaan berat yang menggunakan jalan ini secara intensif terutamanya lori bijih besi dan lori balak menjadikan kerosakan jalan semakin serius, tambahan pula tiada sebarang kerja penyelengaraan jalan dibuat menjadikan keadaan jalan semakin buruk hari demi hari.

Keadaan ini amat memalukan negara memandangkan jalan ini kerap dilalui oleh para pelancong asing yang ingin ke Tasik Kenyir dan Taman Negara Kuala Koh.