Monday, November 7, 2011

Pemandu Yang Kurang Akal

Baru-baru berenti di KFC Kuala Berang, nak beli bekalan makan malam. Masuk je simpang terus nampak kereta tgh dok jam kat simpang tu. Rupa-rupanya ada sebiji kereta jenis Wira dok parking tengah simpang yang sempit tu...

Kurang akal agaknye pemandu Wira ni. Kereta aku sampai terpaksa undur balik nak bagi jalan kereta yang datang dari depan.

Friday, October 21, 2011

Jalan Felda Aring - Belum Ada Peruntukan Lagi Ke?

Kalau dulu jalan ini mengalami kerosakan yang teruk. Sehingga hari ini masih tidak berubah... Bila le jalan ni nak dapat peruntukan dari Kerajaan untul kerja pembaikan. Yang jadi mangsa adalah pengguna jalan raya, yang kaya tokey lombong bijih besi...

Monday, August 1, 2011

Jalan Felda Aring - Jalan ke apa ni...

Kalau para pengguna pernah membuat perjalanan dari Gua Musang atau Kuala Krai ke Terengganu melalui Felda Aring pasti pernah merasai berapa terseksanya untuk melepasi jalan ini. Dengan lubang yang sebesar sebuah kereta, para pengguna yang tidak biasa jalan ini menghadapi risiko memusnahkan kereta sendiri, risiko semakin meningkat apabila hari hujan kerana semua lubang dipenuhi air.

Kenderaan berat yang menggunakan jalan ini secara intensif terutamanya lori bijih besi dan lori balak menjadikan kerosakan jalan semakin serius, tambahan pula tiada sebarang kerja penyelengaraan jalan dibuat menjadikan keadaan jalan semakin buruk hari demi hari.

Keadaan ini amat memalukan negara memandangkan jalan ini kerap dilalui oleh para pelancong asing yang ingin ke Tasik Kenyir dan Taman Negara Kuala Koh.

Thursday, July 21, 2011

Celcom Broadband yang tak pernah broadband

Saya jarang menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband sebab dari dulu sampai sekarang kualiti perkhidmatannya tidak pernah berubah. Sentiasa teruk...

Baru-baru ini ketika pulang ke kampung saya terlupa nak bawa balik modem Maxis Broadband, yang ada kat sini cuma modem Celcom Broadband. Oleh kerana terdesak mahu menggunakan perkhidmatan internet saya melanggan perkidmatan Daily Broadband dari Celcom. Nampaknya kualiti perkhidmatan masih tetatp teruk seperti dahulu. Kalau menggunakan Maxis, fail bersaiz 200mb dapat saya download dalam masa satu jam tetapi menggunakan Celcom saya tak dapat download apa-apa fail yang bersaiz besar kerana sambungan yang tidak stabil dan kerap mencapai kelajuan 0.00kbps.

Saya harap pihak Celcom dapat mendengar rungutan para pelanggannya memperbaiki mutu perkhidmatan internet mereka... Jangan lah hanya pandai memberikan alasan bodoh kepada para pelanggan setiap kali mereka membuat aduan...

Saturday, July 16, 2011

Klinik Kesihatan, Ladang Felda Aring 10

Rasanya dah dekat setengah tahun bangunan ni siap. Peralatan pun dah dihantar... Namun klinik ini masih belum dibuka kepada orang ramai.

Bagi penduduk sekitar kawasan ini, pembukaan klinik ini memang dinanti, ini adalah kerana klinik yang paling hampir terletak lebih 20km jauhnya...

Harap-harap le pihak Kementerian Kesihatan dapat meletakkan kakitangannya dengan segera...

Friday, July 15, 2011

Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Hari ni pergi Kuala Terengganu nak tengok kain nak buat baju raya. Dekat-dekat time nak solat Jumaat terus ke Masjid Kristal nak menunaikan solat jumaat. Sampai di perkarangan masjid tak ramai pulak orang. Masa tu dah jam satu lebih. Rupa-rupanya masjid ni takde solat jumaat. Tanya-tanya kat orang Kuala Terengganu, diaorang bagitau masjid ni perhiasan je. Baru teringat kita ni dah berada di akhir zaman... Masjid dibuat perhiasan jer...

Saturday, April 2, 2011

Pengalaman Pertama Berurusan Dengan Syarikat Insurans



Sejurus selepas saya mengalami kemalangan semalam, saya menghubungi ETIQA Auto Assist bagi meminta pihak ETIQA menghantar trak penunda kerana kedua-dua tayar saya pecah selepas kemalangan. Pihak trak penunda telah dipanggil daripada Raub (lokasi saya adalah di kawasan Kuala Lipis pada masa itu) dan operator memberitahu saya tiada caj akan dikenakan kepada saya kecuali jika saya melalui tol plaza maka saya mesti menanggung bayaran tol.


Selepas kereta saya sampai di Raub, pemandu trak penunda memberitahu saya caj yang dikenakan adalah sebayak RM350.00 dan ianya akan ditanggung oleh pihak ETIQA bergantung kepada polisi yang saya ambil.


Keeseokan harinya selepas kereta saya diperiksa tidak ada kerosakan lain kecuali tayar yang pecah. Saya membuat panggilan ke Auto Assist dan mereja meminta saya membuat panggilan ke bahagian tuntutan. Pihak dibahagian tuntutan memberitahu jika hanya tayar yang pecah maka saya tidak boleh membuat tuntutan kerana kerosakan berkaitan getah (dia yang 'anything to do with rubber') tidak dilindungi oleh polisi saya. Apabila saya bertanya kepada beliau bagaimana dengan bayaran trak penunda, beliau memberitahu saya perlu menghubungi bahagian Auto-Assist kerana tidak tuntutan akan dibuat dan mereka tidak terlibat.


Apabila saya menghubungi semula Auto-Assist, mereka memberitahu oleh kerana semasa panggilan saya semalam, saya memberitahu saya mengalami kemalangan bukannya break-down maka saya terpaksa menanggung caj trak penunda. Kerana mereka hanya akan menganggung bayaran trak penunda untuk kes-kes kereta break-down sahaja bagi kes yang dilaporkan sebagai kemalangan maka mereka akan lepas tangan.


Pengalam yang saya perolehi daripada kejadian ini, selepas kemalangan (jika tidak serius) laporkan kepada pihak ETIQA Auto-Assist  kereta anda breakdown bukannya kemalangan. (Jika anda betul-betul pasti tidak ada kerosakan lain). Anda tidak akan dapat menukar kes anda daripada kes kemalangan daripada kes kereta rosak.


Malam tadi saya menerima e-mail berkenaan pengalaman saya berurusan dengan pihak ETIQA (kajian sola-selidik). Saya letak markah yang paling rendah ada di skor tu. Lantak le dema...

Pembahagi Jalan Yang Tidak Kelihatan

Malam semalam saya dan keluarga hendak ke Kuala Lumpur untuk mengambil emak saya. Selepas melepasi simpang ke Kuala Lipis dari Gua Musang kereta saya merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan dua tayar di sebelah pemandu pecah.


Saya dan keluarga bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan begitu juga dengan bahagian kereta kecuali 2 biji tayar yang pecah.


Sejurus selepas kejadian saya memandu kereta ke tepi jalan dan saya didatangi oleh seorang pemuda yang rupa-rupanya salah seorang mangsa dan saya adalah kereta yang ke-5 malam itu dan pemuda itu yang juga pemandu kereta pegawai penyiasat PDRM melepaskan rasa geram beliau terhadap pihak berwajib yang tidak menyediakan jalan raya yang selamat untuk pengguna jalan raya. Kereta beliau mengalami kerosakan pecah kotak gear, pecah cermin hadapan dan pecah tayar hadapan. Kereta yang lain juga mengalami kerosakan yang serius dan terpaksa ditunda.


Berdasar keadaan fizikal tempat kejadian saya mendapati:
1) Lampu jalan ada tetapi tidak menyala
2) Tidak ada sebarang pemantul cahaya atau papan tanda di letakkan


Jika keadaan seperti ini terjadi adakah kita sebagai pengguna masih dipersalahkan? Koordinat tempat kejadian adalah seperti berikut N04 5.435' E102 0.494'. Berhati-hati sentiasa... 
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com

Friday, February 25, 2011

Kerosakan Jalan Ke Taman Negara Kuala Koh

Semalam saya berkesempatan berjalan-jalan ke Taman Negara Kuala Koh. Kerosakan jalan yang serius berlaku disepanjang jalan ke sana. Semua pengunjung diharap berhati di sepanjang perjalanan ke sana.
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com

Sunday, February 20, 2011

Jalan G. Musang - Kuala Berang (Tasik Kenyir)





Hujung bulan lepas saya menghadiri bengkel di Setiu, Terengganu. Menggunakan Jalan Felda Aring menuju ke Tasik Kenyir. Sudah hampir 2 bulan saya tidak melalui jalan tersebut (ianya merupakan laluan utama saya balik ke Johor). Nampaknya semakin banyak jalan yang mendap dan sesetangah kawasan tidak dapat dilalui oleh kereta yang rendah. Namun kerja-kerja membuat lencongan giat dijalankan.

Ingatan saya buat pengguna jalan raya yang ingin melalui jalan ini terutama lewat petang agar berhati-hati dan tidak memandu terlalu laju. Laluan ini juga masih tidak mempunyai liputan rangkaian telefon dan jalan ini juga masih termasuk dalam jalan yang belum diwartakan oleh pihak kerajaan.

Sunday, February 13, 2011

Muzium Felda - Lurah Bilut

Bulan lepas saya berkesempatan melawat Muzium Felda Lurah Bilut (N3 39.700, E101 53.549), tempat terletaknya Felda yang pertama di Malaysia. Kalau anda ingin mengetahui sejarah penubuhan felda, anda akan dapat semuanya di sini. Dibina daripada pejabat asal Felda Lurah Bilut yang telah diubahsuai.
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com

Salam Perkenalan

Assalamualaikum... Dan Salam Sejahtera...

Post pertama di Blog "Jalan-Jalan Di Malaysia. Blog ini akan berkisar tentang Malaysia dan Rakyat Malaysia. Semoga para pembaca akan terhibur membaca blog ini. Bahasa Malaysia akan digunakan untuk blog ini memandangkan Google telah mempunyai kemudahan untuk menterjemah Bahasa Malaysia ke bahasa lain.

Blog ini tidak akan dikemaskini setiap hari sebaliknya akan dikemaskini sekiranya saya mempunyai perkara menarik untuk dikongsi dengan para pembaca.