Saturday, April 2, 2011

Pembahagi Jalan Yang Tidak Kelihatan

Malam semalam saya dan keluarga hendak ke Kuala Lumpur untuk mengambil emak saya. Selepas melepasi simpang ke Kuala Lipis dari Gua Musang kereta saya merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan dua tayar di sebelah pemandu pecah.


Saya dan keluarga bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan begitu juga dengan bahagian kereta kecuali 2 biji tayar yang pecah.


Sejurus selepas kejadian saya memandu kereta ke tepi jalan dan saya didatangi oleh seorang pemuda yang rupa-rupanya salah seorang mangsa dan saya adalah kereta yang ke-5 malam itu dan pemuda itu yang juga pemandu kereta pegawai penyiasat PDRM melepaskan rasa geram beliau terhadap pihak berwajib yang tidak menyediakan jalan raya yang selamat untuk pengguna jalan raya. Kereta beliau mengalami kerosakan pecah kotak gear, pecah cermin hadapan dan pecah tayar hadapan. Kereta yang lain juga mengalami kerosakan yang serius dan terpaksa ditunda.


Berdasar keadaan fizikal tempat kejadian saya mendapati:
1) Lampu jalan ada tetapi tidak menyala
2) Tidak ada sebarang pemantul cahaya atau papan tanda di letakkan


Jika keadaan seperti ini terjadi adakah kita sebagai pengguna masih dipersalahkan? Koordinat tempat kejadian adalah seperti berikut N04 5.435' E102 0.494'. Berhati-hati sentiasa... 
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com

No comments: